Hidup untuk menghargai
11/05/2017 | 06:30 | 0 Sweety
Bila cakap pasal 'hargai', boleh jadi luas. Straight to the point, I feel that I want to write something about appreciating a person.
Dalam hidup, kita sentiasa buat silap. Tapi, silap itu sendiri yang buat sama ada kita nak toleh semula atau tidak. Ada orang kata, yang dah lepas biarkan lepas. Tapi tak salah rasanya bila kita toleh semula untuk perbetulkan apa yang sepatutnya diperbetulkan, kan?
Dalam erti kata lain, toleh semula untuk belajar dari kesilapan.
Sebagai manusia, kita dikurniakan pelbagai rasa dalam diri. Sayang, sedih, marah, gembira, teruja, bahagia, yang semuanya bermula dari otak dan hati. Bila kita menghargai, juga datang dari otak dan hati, yang mana akan membawa kepada perasaan bahagia dan seronok. Sebaliknya, bila kita tak menghargai, juga akan membawa kepada satu perasaan.
Menyesal.
Lebih-lebih lagi bila rasa menyesal itu melibatkan hati...dan perasaan.
Kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, tak kiralah kawan, keluarga atau pasangan. Dan kawan, keluarga dan pasangan itu juga adalah manusia - sentiasa buat silap, juga ada pelbagai rasa dalam diri.
Apabila seorang manusia, tidak menghargai manusia lain, akan timbul satu perasaan lain yang juga pelbagai. Mungkin satu dalam perasaan yang pelbagai itu, adalah rasa mati.
Hiduplah untuk menghargai, sebelum rasa itu mati akibat tidak menghargai.
Dan sakit menyesal itu adalah sakit yang memeritkan.